semalam kerja harini je cuti, hari ahad. so. . .

Semalam kitorang bangun lambat nak pegi kerja . afiqah lak tak datang lagi padahal jam dah pukul berapa . Aku set kalau dia datang lambat, aku terus bertolak jela ke tempat kerja . Dalam pukul 8 lebih kot dia baru tunjuk muka.
Tapi selalunya dia datang kecoh jew, semalam dia datang dengan senyap masuk ke dalam bilik aku dan muka masam ah . Aku baru nak tanya kenapa dia tak jawab panggilan aku kn, dia terus bukak mulut dan bagitahu pasal henfon dia hilang . Lahh ~ itu je .
Mula2, ak ingat nak pot pet kat dia nape datang lambat and then semua orang call dia tak dapat . But, lepas tengok muka dia, alamak tak jadi lah! hahahaha XD

Semalam gak kitorang masuk office mcm biasa, lambat 5 atau 10 minit .
Semalam hari Sabtu, mcm takde ramai sangat staff macam biasa . Sepupu aku kecoh nk ajak 'datuk' keluar ngn kitorang kat tasik y . gile arr !
Ohh, semalam gak merupakan besday shahril . Cik siti kata nak belanja kitorang dengan en. rizal sekali, tp sebab kitorang iaitu aku, kazen aku and afiqah nak pegi parit sulong sebab nak cari prospek, tak dapat lah makan sama-sama dieorg .
Ak tengok muka en.rizal serius semacam jew . aku rasa macam lain je semalam .

Well, terkilan gile nak mampos aku tak dapat join makan semalam . Dah kebulur aku satu hari tu .
Sebab semalam hari sabtu, jadi kitorang cuma half day jelahh . Zarin ajak kitorang gi Summit , but then azmi ajak pulak pegi main boling sekali . So, kitorang pown boring duduk kat office jew, so kitorang follow jelahh .
Dah la aku tak makan tengahari lagi. malam sebelumnya pown aku tak makan . Patu main boling jew . Haha, teruk giler dol . . .

Pas man boling, jalan2 jap dgn eisya and zarin . Pastu dyorg nak balik, kitorang kena balik gak tp lalu jalan lain. Ak call mak aku suruh amik . Then kitorang duduk lah kt meja KFC bagi menghilangkan penat . Bosan gile do and lapar gile .
Si afiqah dah muka toya and muka ada lak nak tidur jew . haha .
Lastly, aku ajak diorang jalan2 kan sebab boring je duduk situ plus bau ayam goreng . perh!
Mase lalu depan kaunter uh, bole lak afiqah nak beli yang wedges. Pas jew beli, perh, duduk balik meja tadi , pastu ak ngn dia melantak wedges tu sesama !
Lapar gile stail orang tak makan seminggu!
Licin habis!
fuh fuh!
XD

balik uh, kirenya perut aku terisi gak ahh, tapi serius, muka afiqah nampak macam orang kebulur lagi . haha . aku lapo gak . petang uh, lepas afiqah balik je, aku terus makan . ak bet dia pon melantak kat rumah ! haha XD

malam tadi ah aku tido umah abang aku. semayang berjemaah. tapi yang siotnyer, lepas yassin uh, aku bley tertidur kat sejadah . aku mula2 landing arr baring pastu terlelap lak . ahaks. pastu mamai2 smyg isyak lak . agak2 air semayang aku tak terbatal arr . haha .
pastu mlmnye, lepas makan, aku naik tingkat atas, aku tidur .
haha, semalam aku gelak2 ngn kazen aku, ada pasal si afiqah masa meeting . kelakar gila . kazen aku lah gelak gila2, aku pown terikut-ikut. tapi, aku stop dulu arr sebab fiqa tu kawan aku . tak baik gelakkan dia belakang2 . adehh .

aduhh, tadi baru dpt msg dari cik siti . dia cakap cuti pown kena kerja . aduhh, baru ingat nak rehat cuti cina ni . dah tu, kena set appoinment untuk esok gak. cik siti ni ~ aku tiada appoinment pada hari esok!!! aku takde client dari bp ni!!!! waaaaaaa T_T
mahumenangisjewbilamemikirkantentangitu .
T_T
pastu, td dlm msg kak siti , meeting pown jalaaannnnnn ! aduhhhhh!!!! leceh tol. masa meeting kena pakai baju kemeja berkolar dow . aku takde baju camtu jadi pakai baju kemeja sekolah jew . betol2 back to school siak . dah la haritu datang pakai baju tu ada budak lekaki sound 'stail siot . .' . stail adik kau lahh! aku ngan kazen aku n fiqa malu giler . dah lahh kitorang ni baju sama, stail sama .malu giler dow . pastu kena berucap kat depan lagi. . giler ah . nasib baik aku okey je .

kazen aku ni dok bising kene pakai baju tu lagi selasa ni sebab ada meeting gak . aduhhh ! aku rasa leceh tol arr kene pakai kemeja sekolah tu lagi sekali . bilalahh aku nak dapat gaji ne!
aduhh, teruk skali, seorang client pown aku tak dapat lagi! teruk btol ar!
adesh!

aduhh, dah la tadi aku dpt call dari asyraf . dia kata aku kurang ajar . dia lagi lahh , cakap dengan aku kat tempat bising and bila aku tanya kat mana , dia tanak kasi tahu . dia ingat dia seorang je bengang. dah arr tadi aku chat dengan adik angkat dia, dia ckp dulu asyraf penah ajak dia kapel . perh! mana tak hangin! kalau boleh, nak kapel dengan semua perempuan yang dia kenal ke hapa??! hahaha . aku just tak kesah but hati aku terbakar . sekarang kau cuma bersabar . aku kena lupakan dia lahh secepat mungkin. X(
aku benci dia tp hakikatnya, aku sayangkan dia. mungkin mulut dan tangan aku menidakkan tapi hati aku . . . ntah la .
kadang2, aku benci nak kapel lagi. tapi, aku mesti cari jalan untuk lupakan segala kenangan aku dengan dia . aku tak suka diri aku dibelenggu masalah lagi dengan dia . aku tanak amik athu pasal dia kalau boleh. kalau boleh . .

aku ni, tension ar pasal kerja lagi, pasal budak seorang tu lagi. memang budak ar! dah la kau kena kerja, dah dia kat sekolah tu, pandai2 la bahagikan masa dengan belajar. dah clash ni, tahu tahu jelah dia kena buat apa. dah ar clash dengan aku sebab SPM kononya sbb family lahh . okey, aku faham. Tapi kalau dia tak berjaya atau tak dapat keputusan memuaskan dalam SPM sbb kapel dgn orang lain, aku tak mahu dia cakap : 'i dh rasa apa u rasa' or 'i'm worser than u' or 'i dh terima balasannya apa yg i wat kat u..' . aku memang tak hingin pown dengar ayat tu dari dia lepas dia dapat result SPM dia nanti . aku akan cakap camni "bukan sebab i , u dapat keputusan teruk but urself . u dah ada peluang i bagi tapi u sia-siakan" . hahaha XD
siap ada jwpn tu ak pikir nak bagi kat dia.
ahhhhh!!!!!!!!!! X((
mari menangis!
aku takut mak aku je mnangis masa result aku keluar nanti.
huhu
aku rela mati dilanggar di depan orang yang wat aku jadi teruk . haha .
ak rela mati dari melihat ibu aku bersedih .
aduh, singkat betul fikiran aku.
astaghfirullahalazim ~ mcm ustazah rosmawati ajar, setiap yang buruk berlaku, kita mesti beristighfar . ada hikmahnya.

so, pengajarannya : aku tak tahu . aku ngantuk sangat . selamat malam kepada yang tersayang .

0 comments: